“Dengan cara ini, di jalan ini, aku abadikan diri kepada yang sudi mengemudi pendapat,pandangan dan buah fikiran, aku kehausan.. ditanah airku, aku lesu tanpa mu…yang sudi.”



Thursday, January 28, 2010

Intelektual pendamai buntu

Amerika Syarikat yang dikemudi oleh Presiden Barack Obama kini sedang mencari jalan merapatkan hubungan dan menyelesaikan konflik antara barat dengan negara-negara Islam selain ‘kononya’ mendamaikan negara-negara bertelagah. Namun masih buntu. Mereka juga masih gagal mengatasi masalah dalaman seperti kemiskinan dan penganguran sekaligus krisis ekonomi internal.

Perperangan dan persengketaan masih berleluasa di Afganistan,Pakistan, apatah lagi di Palestin.Belum lagi di gali hingga ke peringkat antara wilayah, kaum, dan partisan. Hakikatnya para ilmuan harus akui bahawa punca kuncinya ialah pertentangan antara falsafah universalisme dan relativisme yang menelusuri budaya dan keagamaan tidak akan dapat dicapai tanpa keterbukaan di meja rundingan intelektual.

Seharusnya seluruh umat Islam kira-kira1.3 billion yang terdiri daripada 49 negara utama perlu bangkit dengan bijaksana dan wajar menjadikan konsep ‘1Muslim World’ sebagai penyatuan dalam memperkasakan penididikan,ekonomi, pertahanan dan teknologi.

Sejarah telah jelas menunjukkan kegagalan deklarasi sejagat sejak tahun 1948. PBB juga bukanlah hero mutlak selagi digengam kuasa besar dunia yang berkepentingan. Lihat sahaja bagaimana Tel Aviv berjaya didirikan oleh Yahudi sekitar tahun 1947 sekaligus membangkitkan kemarahan dan peperangan yang jelas haknya untuk Palaestin.

Di atas dasar gerakan zionis yang mempunyai ‘misionaris’ keagamaan dan politik terlindung disebalik tangan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat maka mereka berjaya mewujudkan negara haram Tel Aviv itu.

Di Malaysia, kedua-dua falsafah di atas telah mula menampakkan kurangnya pertentangan, kemajmukan masyarakat masih bertolak ansur,apa yang perlu ialah kefahaman,keadilan,toleransi dan kemakmuran berterusan bagi menuju kejayaan seterusnya menjadi ‘role model’ perpaduan oleh dunia Islam dan Eropah .

Wednesday, January 27, 2010

2020 tinggal 3,285 hari lagi

Tahun harapan Tun Mahathir hanya tinggal 9 tahun sahaja lagi bersamaan 3,285 hari setelah ditolak tahun 2010. Kepimpinan Najib dapat lah di katakan sebagai kepimpinan ‘untuk kekal dan capai’ .Setelah itu Najib mungkin akan diberikan gelaran Bapa Wawasan selepas PakLah, Bapa Pembangunan Modal.
Setelah lengkap Kemerdekaan, Perpaduan, Pemodenan, Pembangunan Modal maka Wawasan dan kemajuan adalah pelengkap kepada kelima gelaran tersebut. Menjadi sebuah negara maju antara matlamat yang perlu di galas Najib hari ini.
Namun, harapan dan impian bukan lagi perkara realiti. Sebelum mencapai impian sudah pasti akan berhadapan dengan cabaran. Tahun 2020 akan menempuh dua Pilihan Raya Umum sekitar tahun 2013 dan 2017.
Isu-isu diawal tahun 2010 setelah Najib menjadi pengemudi Malaysia nampaknya masih lagi ditahap terkawal . 2013 berkemungkinan adalah tahun ‘ganjaran’ buat BN,maka bermula seawal 3 tahun adalah tempoh BN menunjukkan pencapaian terbaik untuk rakyat.
Kronologi dari fokus ini, KPI, NKRA dan pelbagai program seperti Juara Rakyat telah dilancarkan amat bertepatan.
Najib telah dapat menilai dan mengesan taktik BA iaitu mementingkan fakta dalam bentuk data dan emperikal,selain praktikal serta menekankan ‘delegrasi rakyat adalah bos’.
Pertambahan universiti awam dan swasta ditambah lagi dengan puluhan graduan yang kini telah bekerja atau tidak secara halusinya mereka telah mahir dalam proses membuat penilaian berasaskan ‘rasional’iaitu antara objektif utama institusi ilmu.
Oleh hal demikian, KPI dan NKRA akan menjadi wahana ilmiah rakyat untuk menilai keberhasilan gerak kerja oleh BN sekaligus kerajaan di bawah kepimpinan holistik dan praktikal oleh Najib secara rasional.
Selain itu, golongan kanak-kanak dan remaja juga menjadi sasaran utama Najib melalui penggunaan facebook,twiter,blogspot, yang majoritinya digunakan oleh golongan awal dewasa dan dewasa.
Dalam pada itu juga, kanak-kanak juga telah didedahkan sekali dengan idea surat kepada PM,sekaligus mendekatkan dan merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat di peringkat akar umbi dan diawal usia.
Secara futuristik, golongan ini yang akan menjadi penghukum atau penyokong BN sekitar tahun 2013 dan 2017 kelak, seterusnya memberi ganjaran dan pengaruh kepada BN untuk merealisasikan impian semua kearah Wawasan 2020!

Cabaran BN Lipis 2013

Lipis merupakan daerah ketiga terbesar di Pahang meliputi kawasan seluas 5,198 KM persegi terbahagi kepada tiga mukim iaitu Padang Tengku, Cheka dan Benta.

Analisis yang dapat dilihat daripada pilihan raya umum ke-12 memperlihatkan sedikit keselesaan kepada BN. Namun keselesaan itu bukan penentu kepada pengekalan, iklim politik senang sentiasa berubah.

Sudah menjadi lumrah jika sekiranya BN yang dipilih sudah pasti pengundi berhajatkan pembangunan dan perubahan,paling tidak pun pembaharuan dalam aspek ekonomi,sosial dan politik ke depan.

Dengan mengambil kira pola pengundian ‘radikal’ bagi PRU-12 lepas, Pas diperingkat Parlimen telah mendapat 8,474 undi, manakala diperingkat dun Padang Tengku Pas memperoleh 3,465 undi,diikuti dun Cheka PKR mendapat 3,111undi dan terakhir dun Benta sebanyak 2,079 undi kepada calon PKR.Jumlah pengundi Barisan Altenatif lipis dapatlah dihitung seramai 17,129 pengundi.

Manakala BN seramai 25,092 orang merupakan pro kepada BN dengan perbezaan sebanyak 7963 undi sahaja dengan BA.Undi rosak berjumlah 1,090 keempat kawasan yang dipertandingkan.

Angka undian 17,129 yang berpihak kepada BA bukan perkara yang boleh dianggap remeh oleh BN,kerana Lipis telah mula merapati BA. Melalui permerhatian yang telah dilakukan, dapat dirumuskan atas beberapa faktor.

Pertama, faktor pembawakan pemimpin di peringkat atasan samaada diperingkat negeri atau pusat. Kedua, kredibilitidan kelayakkan calon, ketiga keagaman dan populariti kaum. Keempat keterbukaan dan ketersampaian jaringan media.Kelima peningkatan golongan akademik berpengaruh ,keenam komunikasi politik dan manifestor dan yang terakhir kekecewaan pengundi sendiri.

Melalui ketujuh-tujuh faktor tersebut,adalah wajar pergerakan BN tidak kira diperingkat cawangan mahu pun bahagian mengambil serius hal ini. 2013 hanya tinggal 3 tahun sahaja lagi. Dengan cabaran lepas,hari ini dan esok perlu diingati ialah sejauh mana pencapaian ,seperti mana impian murni kepimpinan tertinggi terhadap ‘out comes’parti sekaligus kerajaan.