“Dengan cara ini, di jalan ini, aku abadikan diri kepada yang sudi mengemudi pendapat,pandangan dan buah fikiran, aku kehausan.. ditanah airku, aku lesu tanpa mu…yang sudi.”



Wednesday, January 27, 2010

2020 tinggal 3,285 hari lagi

Tahun harapan Tun Mahathir hanya tinggal 9 tahun sahaja lagi bersamaan 3,285 hari setelah ditolak tahun 2010. Kepimpinan Najib dapat lah di katakan sebagai kepimpinan ‘untuk kekal dan capai’ .Setelah itu Najib mungkin akan diberikan gelaran Bapa Wawasan selepas PakLah, Bapa Pembangunan Modal.
Setelah lengkap Kemerdekaan, Perpaduan, Pemodenan, Pembangunan Modal maka Wawasan dan kemajuan adalah pelengkap kepada kelima gelaran tersebut. Menjadi sebuah negara maju antara matlamat yang perlu di galas Najib hari ini.
Namun, harapan dan impian bukan lagi perkara realiti. Sebelum mencapai impian sudah pasti akan berhadapan dengan cabaran. Tahun 2020 akan menempuh dua Pilihan Raya Umum sekitar tahun 2013 dan 2017.
Isu-isu diawal tahun 2010 setelah Najib menjadi pengemudi Malaysia nampaknya masih lagi ditahap terkawal . 2013 berkemungkinan adalah tahun ‘ganjaran’ buat BN,maka bermula seawal 3 tahun adalah tempoh BN menunjukkan pencapaian terbaik untuk rakyat.
Kronologi dari fokus ini, KPI, NKRA dan pelbagai program seperti Juara Rakyat telah dilancarkan amat bertepatan.
Najib telah dapat menilai dan mengesan taktik BA iaitu mementingkan fakta dalam bentuk data dan emperikal,selain praktikal serta menekankan ‘delegrasi rakyat adalah bos’.
Pertambahan universiti awam dan swasta ditambah lagi dengan puluhan graduan yang kini telah bekerja atau tidak secara halusinya mereka telah mahir dalam proses membuat penilaian berasaskan ‘rasional’iaitu antara objektif utama institusi ilmu.
Oleh hal demikian, KPI dan NKRA akan menjadi wahana ilmiah rakyat untuk menilai keberhasilan gerak kerja oleh BN sekaligus kerajaan di bawah kepimpinan holistik dan praktikal oleh Najib secara rasional.
Selain itu, golongan kanak-kanak dan remaja juga menjadi sasaran utama Najib melalui penggunaan facebook,twiter,blogspot, yang majoritinya digunakan oleh golongan awal dewasa dan dewasa.
Dalam pada itu juga, kanak-kanak juga telah didedahkan sekali dengan idea surat kepada PM,sekaligus mendekatkan dan merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat di peringkat akar umbi dan diawal usia.
Secara futuristik, golongan ini yang akan menjadi penghukum atau penyokong BN sekitar tahun 2013 dan 2017 kelak, seterusnya memberi ganjaran dan pengaruh kepada BN untuk merealisasikan impian semua kearah Wawasan 2020!

No comments:

Post a Comment